fb fb fb fb fb

WTO digesa abai sekatan terhadap eksport makanan

(Sebuah logo digambarkan di ibu pejabat WTO menjelang Persidangan Menteri-menteri
(MC12) di Geneva, Switzerland, 12 Jun 2022/REUTERS)

GENEVA, 14 Jun- Para menteri perdagangan dunia pada Isnin diminta tidak mengenakan sekatan terhadap eksport makanan bagi tujuan kemanusiaan.

Permintaan itu disuarakan menjelang mesyuarat di ibu pejabat Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di Geneva, minggu ini.

Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet, serta Setiausaha Agung Persidangan PBB mengenai Perdagangan dan Pembangunan, Rebeca Grynspan menggesa anggota WTO mengelak daripada mengenakan sekatan terhadap eksport bahan makanan penting.

Ia terutama yang dibeli oleh Negara Kurang Membangun dan Negara Membangun yang bergantung kepada import makanan.

Serta, bahan makanan yang dibeli oleh Program Makanan Sedunia (WFP) bagi tujuan kemanusiaan.

(Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet/AFP)

Bachelet dan Grynspan turut meramalkan, perang antara Rusia dengan Ukraine akan menyebabkan puluhan juta orang berdepan risiko kelaparan dan kebuluran.-AFP

Media Baharu