fb fb fb fb fb

Arab Saudi tutup permohonan haji untuk penduduk tempatan

RIYADH, 13 Jun - Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menutup pendaftaran jemaah haji untuk penduduk tempatan bagi musim tahun ini.

Jumlah pemohon haji dari dalam Arab Saudi telah mencapai lebih 390,000, kata jurucakap rasmi kementerian itu Hesham Saeed.

Menurutnya, pemilihan calon akan dilakukan secara e-cabutan dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang belum menunaikan haji sebelum ini.

Jemaah yang terpilih akan menerima pengesahan melalui mesej teks pada peranti berdaftar mereka. Kemudian jemaah berkenaan perlu menyelesaikan segala urusan termasuk pembayaran dalam talian masa 48 jam.

Pendaftaran dibuka untuk jemaah haji domestik pada awal Jun melalui aplikasi Eatmarna dan melalui laman web kementerian.

Kementerian menetapkan bahawa mereka yang ingin mendaftar haji, sama ada pemastautin atau warganegara, hendaklah berumur tidak melebihi 65 tahun, dan menunjukkan dokumen vaksinasi yang lengkap dalam aplikasi Tawakkalna.

Arab Saudi turut memperuntukkan 85 peratus kouta haji untuk jemaah luar.

Terdahulu, kementerian mengesahkan bahawa jemaah haji dari Eropah, Amerika Utara dan Australia juga boleh mendaftar secara elektronik untuk musim haji tahun ini.

Kemungkinan tarikh untuk haji tahun ini adalah pada minggu pertama atau kedua bulan Julai, dengan tarikh akhir akan disahkan selepas melihat anak bulan Zulhijjah.

Media Baharu