fb fb fb fb fb

Wilayah Thanh Hoa di Vietnam tengah isytihar wabak difteria

FOTO HIASAN

HANOI, 12 Ogos- Wilayah Thanh Hoa di bahagian tengah Vietnam menjadi lokasi pertama di negara itu tahun ini yang mengisytiharkan wabak difteria selepas tiga kes positif dikesan di Bandar Muong Lat, lapor media tempatan pada Isnin, menurut Xinhua.

Sebanyak 34 orang yang mempunyai kontak rapat dengan kes jangkitan telah dikenal pasti. Kesemua mereka tinggal di kawasan perumahan yang sama di Bandar Muong Lat.

Menurut pihak berkuasa tempatan, risiko jangkitan kekal tinggi.

Pihak berkuasa sedang mengambil langkah pencegahan kecemasan seperti kuarantin perubatan dan menyembur pembasmi kuman di kawasan yang dijangkiti.

Wilayah Thanh Hoa melaporkan kes pertama difteria pada 5 Ogos, melibatkan seorang wanita hamil berusia 17 tahun.

Tiga hari kemudian, seorang lelaki berusia 10 tahun dan seorang wanita berusia 74 tahun yang merupakan saudara kepada wanita hamil berkenaan, turut dijangkiti.

Mereka sedang dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil.- BERNAMA-XINHUA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE