fb fb fb fb fb

Wilayah Odesa, Ukraine terus diancam Rusia

FOTO AFP

KIEV, 27 Julai- Serangan peluru berpandu Rusia ke atas infrastruktur pelabuhan di wilayah Odesa, selatan Ukraine pada awal pagi tadi menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut.

Gabenor wilayah berkenaan, Oleg Kiper berkata tentera Rusia melancarkan peluru berpandu Kalibr dari kapal selam di Laut Hitam.

"Seorang pengawal awam yang dilahirkan pada 1979 maut akibat serangan. Peralatan salah satu terminal kargo rosak, sebuah bangunan keselamatan kecil dan dua kereta musnah," kata Kiper di media sosial.

Serangan ke atas wilayah itu telah meningkat sejak awal bulan ini, susulan Rusia menarik diri daripada perjanjian penting berhubung kebenaran penghantaran selamat bijirin Ukraine dari pelabuhan Laut Hitam.

Sementara itu, seorang lagi dilapor terbunuh berikutan serangan awal pagi tadi di bandar Kivsharivka di wilayah timur Kharkiv, kata gabenor Oleg Synegubov.

"Satu serangan berlaku bersebelahan bangunan kediaman lima tingkat. Rumah itu rosak, dinding runtuh di salah satu pangsapuri," kata Synegubov sambil menambah bangunan sembilan tingkat berhampiran juga rosak.

Beliau berkata seorang wanita berusia 74 tahun maut dan empat lagi cedera.- AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu