fb fb fb fb fb

Helikopter terhempas di Siberia, enam terkorban

FOTO REUTERS

MOSCOW, 27 Julai- Enam terkorban dalam satu nahas helikopter terhempas pada Khamis di wilayah selatan Siberia di Altai.

Menurut cawangan kementerian situasi kecemasan Rusia, helikopter jenis Mi-8 milik persendirian melanggar wayar elektrik semasa mendarat di kampung Tyungur dan terbakar.

Dalam laporan itu menjelaskan bahawa kira-kira 16 orang penumpang berada dalam helikopter berkenaan, sembilan daripada mereka cedera dan seorang dilapor selamat, tidak memerlukan bantuan perubatan.

Foto yang disiarkan kementerian menunjukkan anggota bomba sedang bekerja membersihkan serpihan yang hangus terbakar.

Penyiasat Rusia berkata siasatan terhadap pelanggaran peraturan keselamatan pengangkutan udara itu telah dilancarkan.

Pengangkutan udara seperti pesawat dan helikopter sering digunakan secara meluas di kawasan terpencil negara itu.

Kemalangan membabitkan pengangkutan udara itu selalunya dikaitkan dengan cuaca buruk, kesilapan manusia atau isu teknikal.- AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu