(Barangan peribadi mangsa yang berusia 38 tahun ketika hilang pada tahun 1986/Reuters)
GENEVA, 28 Julai- Mayat seorang lelaki pendaki Jerman yang hilang di pergunungan Swiss Alps, Switzerland selama 37 tahun lalu akhirnya ditemukan baru-baru ini.
Glasier yang mencair akibat perubahan iklim telah 'menimbulkan' jasad pendaki, 38, yang dilaporkan hilang pada tahun 1986.
Beberapa pendaki menemukan mayat terbabit dan beberapa peralatan peribadinya di glasier Theodule, selatan negara itu pada 12 Julai lalu.
"Mayat dan barangan peribadinya muncul selepas glasier mencair.
"Pengesahan mayat dilakukan menerusi ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA)," menurut kenyataan polis wilayah Valais, semalam. -Reuters
(Pergunungan Swiss Alps/Reuters)