fb fb fb fb fb

Lapan mati, 11 cedera dalam letupan silo di Brazil

(FOTO REUTERS)

BRASÍLIA, 28 Julai- Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan 11 cedera dalam kejadian letupan silo di tapak sebuah koperasi pertanian di negeri Parana, selatan Brazil.

Letupan pada petang Rabu itu melibatkan premis syarikat agroindustri C. Vale di perbandaran Palotina.

"Terdapat letupan di salah satu silo yang mencetuskan letupan kedua dan ketiga.

"Mangsa terakhir ditemukan di bawah timbunan jagung dan serpihan letupan," kata Tiago Zajac, jurucakap bomba negeri.

Sementara itu, C. Vale yang merupakan syarikat pengeluar utama kacang soya, gandum dan jagung mengesahkan bahawa kemalangan berskala besar berlaku di unit penerimaan bijirin pusatnya di Palotina.

"Pasukan teknikal sedang berusaha menyiasat punca letupan," katanya dalam kenyataan. -AFP

(FOTO AFP/CONSAMU)

Media Baharu