fb fb fb fb fb

Wilayah AS dilanda Fiona

SAN JUAN, 19 September - Taufan Fiona membadai pantai Puerto Rico pada Ahad, telah melumpuhkan semua jaringan kuasa dan menyebabkan ancaman banjir besar di wilayah Amerika Syarikat (AS).

Angin berkelajuan 85 batu (140 kilometer) sejam, Fiona diramal akan bertambah buruk dalam tempoh 48 jam, dan akan bergerak ke arah Puerto Rico dan Republik Dominican , sebelum menuju ke utara ke perairan terbuka Lautan Atlantik.

Pusat Taufan Kebangsaan AS (NHC), berkata mata ribut itu menghampiri pantai barat daya Puerto Rico, dan "banjir besar" dijangka berlaku di sana dan di Republik Dominican.

(FOTO AFP)

“Kekuatan tambahan diramalkan berlaku dalam tempoh 48 jam akan datang manakala Fiona bergerak berhampiran Puerto Rico, Republik Dominican dan merentasi barat daya Atlantik," kata NHC.

Pejabat Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan San Juan juga memberi amaran di Twitter tentang "banjir kilat yang mengancam di kawasan sungai, lebuh raya dan jalan, serta kawasan bandar, dataran rendah ."

Pulau itu kehilangan kuasa apabila Fiona menghampiri Puerto Rico, kata Gabenor Pedro Pierluisi dalam satu kenyataan yang disiarkan di Twitter.

“Kesan taufan itu, sistem elektrik kini tidak berfungsi,” katanya sambil menambah banjir dilaporkan berlaku di pelbagai bahagian di pulau itu.

Kejadian ribut itu menyebabkan kematian, dengan seorang lelaki meninggal dunia apabila rumahnya dihanyutkan air.

Presiden AS Joe Biden mengisytiharkan darurat di Puerto Rico pada Ahad, untuk membenarkan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan memberi bantuan. -AFP

Media Baharu