fb fb fb fb fb

White House umum bantuan ketenteraan baharu AS$600 juta untuk Ukraine

(Foto fail/AFP)

WASHINGTON, 16 September- White House meluluskan pakej baharu sehingga AS$600 juta bantuan ketenteraan tambahan untuk Ukraine, sebagai sokongan Washington terhadap Kiev dalam memerangi pencerobohan Rusia.

Cawangan Eksekutif dalam kenyataan memaklumkan bantuan itu terdiri daripada peralatan dan perkhidmatan, serta latihan.

Bagaimanapun, ia tidak memberikan butiran lanjut, termasuk jenis senjata yang disediakan.

Sejak Rusia menyerang Ukraine pada Februari, Amerika Syarikat telah memberikan lebih daripada AS$15 bilion bantuan ketenteraan kepada Kiev.

Pengumuman terbaru Amerika Syarikat ini dibuat dua minggu selepas tentera Ukraine mula melancarkan serangan balas besar-besaran terhadap tentera Rusia.-AFP


(Sistem roket canggih mobiliti tinggi atau HIMARS termasuk dalam pakej bantuan
ketenteraan Amerika Syarikat (AS) kepada Ukraine sebelum ini.-Foto fail/AFP)

Media Baharu