fb fb fb fb fb

Wartawan maut digilis kenderaan bawa bekas PM Pakistan 

(Orang ramai sedang mengadakan solat jenazah pada hari
pengebumian Sadaf Naeem/FOTO REUTERS)

LAHORE, 31 Oktober - Beratus-ratus orang berkabung pada hari ini dan menyertai solat jenazah seorang wartawan wanita, yang maut digilis kenderaan membawa bekas Perdana Menteri, Imran Khan dalam kemalangan pada Ahad.

Media tempatan melaporkan tragedi berlaku berhampiran bandar Gujranwala ketika Imran Khan mengetuai konvoi bersama penyokongnya menuju ke ibu negara Islamabad bagi mendesak kerajaan Persekutuan mengadakan pilihan raya mengejut.

Menurut saksi kejadian, mangsa yang juga wartawan Channel 5, Sadaf Naeem, 40 tahun, terjatuh ketika cuba naik ke atas trak Imran Khan untuk mendapatkan komen daripada bekas perdana menteri itu.

(Mohammad Naeem, suami kepada Sadaf Naeem, maut digilis kenderaan
membawa bekas perdana menteri Imran Khan/FOTO REUTERS)

Mangsa yang terjatuh ke atas jalan raya kemudian digilis roda trak hingga menyebabkan kecederaan parah di kepala.

Dalam pada itu, keluarga, rakan, wartawan dan ahli politik tempatan memberi penghormatan terakhir ketika jenazah Sadaf Naeem tiba di kediamannya di Lahore. - REUTERS

Media Baharu