fb fb fb fb fb

Wartawan diculik di Mexico, berjaya ditemukan

FOTO AFP

BANDAR MEXICO, 5 April- Seorang wartawan yang diculik di Mexico ditemui dalam keadaan hidup oleh pihak berkuasa pada Selasa.

"Pemberita Ricardo Villanueva Ake, yang telah dilucutkan kebebasannya secara haram pada hari Isnin, ditemui dalam keadaan hidup," kata Suruhanjaya Negeri bagi Perhatian dan Perlindungan Wartawan (CEAPP) dalam satu kenyataan.

CEAPP tidak menyatakan di mana dia ditemui atau keadaannya tetapi berkata tangkapan dibuat semasa operasi itu.

Pada hari kejadian, Villanueva dilapor sedang membaiki motosikalnya pada petang Isnin di timur bandar Poza Rica kemudian beliau didatangi seorang individu dengan pistol panjang untuk menangkapnya.

Menurut Reporters Without Borders, Mexico dianggap sebagai salah satu negara paling berbahaya di dunia untuk bekerja sebagai wartawan, dengan lebih 150 terbunuh sejak tahun 2000.

Tahun lalu merupakan rekod terburuk dengan 12 wartawan dibunuh dan 696 serangan dibuat terhadap akhbar, kata pertubuhan hak asasi Artikel 19, minggu lalu.

"Kira-kira 43 peratus siri serangan terhadap wartawan didokumenkan, dengan lakonan semula oleh selebriti negara," kata organisasi itu.- AFP


(Foto Twitter)

Media Baharu