fb fb fb fb fb

Mahkamah arah sembelih ayam kokok tidak henti

(FOTO HIASAN)

KANO, 6 April- Sebuah mahkamah di bandar terbesar di utara Nigeria, Kano telah memberi masa sehingga Jumaat kepada seorang lelaki untuk membunuh ayam jantannya berikutan aduan seorang jiran mengenai bunyi bising kokokan menyebabkan dia tidak dapat tidur.

Majistret Halima Wali mengeluarkan perintah terhadap Malam Yusuf pada Selasa mengisytiharkan haiwan itu mengganggu kejiranan, menurut prosiding mahkamah .

Yusuf memberitahu mahkamah bahawa dia telah membeli ayam jantan itu untuk menyambut ‘Good Friday’ dan meminta diberikan masa sehingga hari perayaan Kristian itu sebelum membunuhnya untuk dijadikan jamuan keluarga.

Hakim membenarkan permohonan itu tetapi memberi amaran supaya menghalang ayam tersebut  daripada berkeliaran di kawasan itu dan mengganggu penduduk.

Dia juga memintanya supaya memastikan ayam itu disembelih hari Jumaat seperti yang dijanjikan, atau berdepan hukuman daripada mahkamah.

Adalah tidak menyalahi undang-undang untuk menyimpan ternakan seperti ayam dan itik di rumah di Nigeria di mana ia diternak untuk makanan dan dijual.-AFP


(FOTO HIASAN)

Media Baharu