fb fb fb fb fb

Bekas PM Itali, Silvio Berlusconi masuk ICU, masalah jantung

(Bekas Perdana Menteri Itali Silvio Berlusconi)

ROME, 6 April- Bekas Perdana Menteri Itali Silvio Berlusconi, dalam pengawasan unit rawatan rapi di sebuah puast perubatan pada  Rabu, selepas dilaporkan mengalami masalah pernafasan.

Mogul media dan senator berusia 86 tahun itu, yang telah keluar masuk hospital sejak beberapa tahun kebelakangan ini, berada di Hospital San Raffaele di Milan.

Berlusconi "dalam rawatan rapi kerana masalah jangkitan yang tidak dapat diselesaikan. Tetapi dia masih mampun bercakap," kata Menteri Luar Itali Antonio Tajani kepada wartawan.

Berlusconi dikejarkan ke hospital selepas mengadu kesukaran bernafas, lapor media Itali.

Pemimpin jutawan parti sayap kanan Forza Italia, Berlusconi menghabiskan empat hari bulan lalu di hospital yang sama kerana masalah jantung, sebelum dibenarkan keluar pada 30 Mac.

"Saya sudah mula bekerja semula... bersedia dan berazam untuk memberi komitmen, seperti yang selalu saya lakukan, kepada negara yang saya cintai", katanya dalam mesej yang disiarkan di rangkaian sosial pada Jumaat.

Dia kemudian menyiarkan foto dirinya  di kebun tulip di villanya di  Arcore, utara Itali sambil tersenyum.

Selepas mendominasi politik Itali selama beberapa dekad, "Cavaliere" seperti yang dikenali di Itali, memperlahankan aktivitinya apabila dia jarang dilihat di khalayak ramai.

Pada September 2020, Berlusconi berada di hospital selama 11 hari kerana radang paru-paru berkaitan COVID-19, selepas dijangkiti virus itu semasa bercuti di Sardinia, menyifatkan ia sebagai ujian paling sukar dalam hidupnya.

Pada tahun berikutnya, komplikasi berkaitan COVID-19 menyebabkan beberapa siri penginapan di hospital.

Berlusconi yang berkhidmat sebagai perdana menteri tiga kali selepas memasuki politik pada 1994, menjalani pembedahan jantung  pada 2016 dan pembedahan pada ususnya tiga tahun kemudian.-AFP


(Bekas Perdana Menteri Itali Silvio Berlusconi)

Media Baharu