fb fb fb fb fb

Warga Indonesia bekerja sebagai kru kapal ditemukan maut di Portugal

Mayat dua kru kapal perikanan warga Indonesia yang hilang di Portugal ditemukan.-Foto AFP

LISBON, 22 Disember - Mayat dua warga Indonesia yang bekerja sebagai kru kapal menangkap ikan di Portugal ditemukan pihak berkuasa negara itu.

Pihak Berkuasa Maritim Kebangsaan memaklumkn, kedua-dua mayat itu ditemukan di pantai daerah Viana do Castelo.

Kedua-duanya dilaporkan hilang selepas kapal yang dinaiki mereka karam 14 Disember lalu akibat laut bergelora.

Kejadian berlaku kira-kira 100 kilometer di utara bandar Porto.

Dua kru, termasuk kapten kapal berjaya diselamatkan dan menerima rawatan di hospital.

Usaha mencari dan menyelamat melibatkan pesawat milik Portugis dan Sepanyol, polis maritim dan kru kapal yang terlibat.

Ramai warga Inonesia bekerja di sektor perikanan Portugal susulan tawaran gaji yang lumayan.- AFP

ASHRIQ FAHMY AHMAD