fb fb fb fb fb

Warga emas terperangkap dalam banjir diselamatkan

Foto AFP

HUALIEN, 25 September – Seorang lelaki warga emas berjaya diselamatkan dari rumahnya yang ditenggelami banjir di Hualien, timur Taiwan.

Menurut seorang sukarelawan Tu Jen-yi, lelaki itu terperangkap selama tiga hari akibat limpahan air tasik takungan yang pecah susulan hujan lebat yang dibawa Taufan Ragasa.

Dia dipercayai bertahan dengan makanan yang dihantar oleh pekerja bantuan, namun keadaannya semakin lemah apabila paras air semakin meningkat.

Sementara itu, agensi Bomba Nasional Taiwan melaporkan sekurang-kurangnya 14 maut, 22 lagi masih hilang dan 54 cedera dalam bencana yang melanda sejak Selasa lalu.

Hampir 500 petugas termasuk tentera, bomba, pengawal pantai dan sukarelawan telah digerakkan, bersama jentera berat untuk membersihkan runtuhan dan lumpur.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN