fb fb fb fb fb

Parlimen Kyrgyzstan bubar, pilihan raya dilangsungkan awal

Foto AFP

BISHKEK, 25 September – Parlimen Kyrgyzstan meluluskan usul membubarkan parlimen selepas mendapat sokongan seramai 84 daripada 90 ahli Parlimen.

Ia sekaligus membuka laluan kepada pilihan raya setahun awal daripada tarikh asal.

Ahli parlimen Ulan Primov berkata keputusan itu penting bagi mengukuhkan sistem politik dan kestabilan negara, selain mengelak pertindihan dengan kempen pilihan raya presiden yang dijadualkan awal tahun 2027.

Bagaimanapun ia dikritik sebagai usaha untuk mengukuhkan kuasa Presiden Sadyr Japarov, terutama dalam usahanya untuk memonopoli Parlimen menjelang pilihan raya presiden akan datang.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN