fb fb fb fb fb

Warga emas guna kabel selamatkan diri daripada kebakaran

(Foto REUTERS)

BUENOS AIRES, 25 Ogos- Seorang warga emas di Argentina berjaya menyelamatkan diri daripada kebakaran selepas beliau berpaut pada sebatang kabel.

Wanita berusia 65 tahun itu terpaksa berbuat demikian selepas sebuah bangunan di Buenos Aires terbakar, semalam.

Menurut pihak berkuasa tempatan, wanita berkenaan berpaut pada kabel yang tergantung di tepi jalan.

"Mangsa melecur hingga 70 peratus pada badan dan kepalanya.

"Insiden berlaku di tingkat dua, bangunan tiga tingkat di bandar tersebut.

"Setakat ini, punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita di sini. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu