fb fb fb fb fb

Trump ditahan atas kesalahan berkaitan pilihan raya, syot wajah tersebar

(FOTO AFP)

ATLANTA, 25 Ogos- Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah ditahan di penjara Georgia pada Khamis atas kesalahan terlibat aktiviti haram (mencatut) dan konspirasi pilihan raya, namum dibebaskan semula dengan jaminan US$200,000 selepas gambar syot wajah, dirakam, satu peristiwa bersejarah.

Trump yang dituduh bersubahat dengan 18 defendan lain untuk cuba membatalkan keputusan pilihan raya 2020 di negeri selatan, berada di Penjara Fulton County Atlanta kira-kira 30 minit sebelum bertolak ke lapangan terbang. 

Seperti defenden lain dalam kes serah diri, syot wajah Trump 77 tahun diambil ketika menjalani satu proses berkaitan- pertama kali melibatkan presiden atau bekas Presiden Amerika Syarikat.

Dalam gambar dikeluarkan Pejabat Syerif, Trump yang memandang kamera dengan muka berang dilihat memakai sut biru tua, kemeja putih dan tali leher merah.

Bercakap kepada pemberita selepas penahanannya, Trump yang mendahului senarai pencalonan presiden Republikan 2024, berkata ia adalah "hari yang amat menyedihkan bagi Amerika."

Katanya, “apa yang berlaku adalah satu penghinaan terhadap keadilan, saya tidak melakukan apa-apa kesalahan pun."

Trump turut menyiarkan syot wajah tersebut di platform Truth Socialnya bersama kapsyen "Gangguan Pilihan Raya" dan membuat pautan ke laman web kempen miliknya.

Bekas presiden Amerika Syarikat itu turut diberikan nombor banduan "PO1135809" Penjara Fulton County, dengan rekod ketinggiannya enam kaki tiga inci (1.9 meter), berat 215 paun (97 kilogram) dan warna rambutnya sebagai "Blond atau Strawberry.

Jutawan terkenal itu sudah empat kali disabitkan kesalahan jenayah sejak April lalu, melatakkan Trump dalam pentas drama yang sukar diramal tatkala Trump berusaha menyesuaikan dirinya dengan kes-kes mahkamah juga kempennya ke White House.

Sebelum ini, Trump berjaya mengelak syot wajah diambil semasa penahanannya di New York atas tuduhan membayar wang tutup mulut (merahsiakan kes) kepada pelakon lucah terkenal, sementara di Florida atas salah laku pengendalian dokumen rahsia kerajaan, dan di Washington atas tuduhan konspirasi berkaitan keputusan pilihan raya 2020.

Penahanan Trump berlaku sehari selepas beliau menolak sesi perdebatan yang disiarkan menerusi televisyen di Milwaukee, Wisconsin.

Perdebatan itu menampilkan lapan pesaingnya untuk calon presiden Republikan 2024 -- Dalam pemilihan awal, ke semua mereka jauh di belakang Trump. -AFP


(Syot wajah Trump yang dikongsi pemimpin itu di media sosial/AFP)

Media Baharu