fb fb fb fb fb

Anak bongsu Pablo Picasso meninggal dunia

(Foto AFP)

SWITZERLAND, 25 Ogos- Claude Ruiz Picasso, anak bongsu artis Sepanyol Pablo Picasso, telah meninggal dunia di Switzerland pada usia 76 tahun.

Peguamnya, Jean-Jacques Neueur bagaimanapun tidak mendedahkan punca kematian mendiang.

"Picasso mempunyai empat orang anak.

"Mendiang menguruskan ladang Picasso dari 1989 hingga Julai 2023.

"Beliau meninggalkan isterinya, Sylvie Vautier dan dua orang anak," katanya kepada AFP di sini.

Tambahnya, mendiang adalah anak Picasso dengan artis Perancis, Francoise Gilot. - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu