fb fb fb fb fb

Hujan monsun, glasier cair di Pakistan ragut 1,700 nyawa

(Foto REUTERS)

PAKISTAN, 25 Ogos- Seramai 1,700 orang maut manakala 33 juta orang lagi terjejas tahun lalu akibat hujan monsun dan pencairan glasier di Pakistan.

Beratus-ratus ribu orang terpaksa melarikan diri daripada banjir maut yang menghanyutkan rumah, jalan raya, kereta api, ternakan dan tanaman.

Kerajaan Pakistan menganggarkan kos kerosakan tersebut berjumlah AS$30 bilion.

Wilayah Sindh di Pakistan paling teruk terjejas.

Kerajaan Pakistan dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah menyalahkan insiden berkenaan terhadap perubahan iklim - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu