fb fb fb fb fb

Wanita maut terkandas dalam salji tebal di Afrika Selatan

Salji tebal yang luar biasa itu menyebabkan banyak kenderaan terkandas/Foto AFP

JOHANNESBURG, 22 September – Seorang wanita berusia 39 tahun meninggal dunia akibat hipotermia selepas terkandas semalaman dalam salji tebal di Afrika Selatan.

Kejadian berlaku pada hari Jumaat lalu ketika salji tebal melanda laluan yang menghubungkan Johannesburg dan Durban, menyebabkan banyak kenderaan terperangkap.

Mangsa, bersama penumpang lain dalam sebuah teksi minibus, terperangkap berhampiran bandar Mooiplaas, kira-kira 430 kilometer dari Johannesburg.

Mereka tidak mempunyai selimut atau persiapan lain untuk menghadapi kesejukan pada malam tersebut.

Mangsa dibawa ke hospital semalam, bagaimanapun tidak dapat diselamatkan.

Pihak berkuasa berusaha untuk menyelamatkan mereka yang terkandas, namun keadaan cuaca yang tidak baik menyebabkan operasi menyelamat menjadi lebih sukar.

GRACE AISYAH KEDAYAN