fb fb fb fb fb

Iran tahan 12 individu bersekongkol dengan Israel

FOTO REUTERS

DUBAI, 23 September- Pengawal Revolusi Iran pada hari Ahad memaklumkan 12 orang telah ditahan kerana menjadi operator yang bekerjasama dengan Israel, merancang tindakan menentang keselamatan Iran.

"Oleh kerana rejim Zionis (Israel) dan penyokong Barat mereka, terutamanya Amerika Syarikat, tidak berjaya dalam tujuan jahat mereka terhadap rakyat Gaza dan Lubnan, mereka kini cuba untuk menyebarkan krisis ke Iran dengan siri tindakan yang dirancang menentang keselamatan negara kita," menurut kenyataan Pengawal Revolusi Iran.

Ketegangan di Asia Barat meningkat sejak ribuan pager dan walkie-talkie yang digunakan oleh anggota Hezbollah Lubnan meletup dalam satu serangan dipercayai didalangi Israel.

Hezbollah dan Israel saling serang menyerang di sempadan, disifatkan yang paling sengit dalam konflik yang berjalan selari dengan perang Gaza yang hampir setahun lamanya.

Pengawal Revolusi menambah bahawa rangkaian 12 operator tersebut telah ditahan di enam wilayah berbeza di Iran, tetapi tidak menyebut bila penangkapan berlaku.

Pada akhir Julai, ketua politik kumpulan Hamas, Ismail Haniyeh, telah dibunuh di Tehran dalam satu pembunuhan yang disalahkan ke atas Israel oleh pihak berkuasa Iran. Israel tidak membuat sebarang tuntutan tanggungjawab atas kejadian itu.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE