fb fb fb fb fb

Wanita, kanak-kanak berjalan dua kilometer untuk dapatkan air

MAHARASHTRA, 18 Mei- Golongan wanita dan kanak-kanak di kawasan Telamwadi, India terpaksa berjalan kaki sejauh dua kilometer untuk mengambil air dari telaga apabila tiba musim panas.

Meskipun penempatan itu terletak tidak jauh dari empangan yang membekalkan air ke Mumbai, namun penduduk tetap berhadapan kekurangan air yang teruk pada bulan Mac hingga Mei setiap tahun.

Isu itu berlarutan apabila suhu mencecah 40 darjah Celsius dan mereka tidak dapat memanfaatkan bekalan air dari sungai.

“Kerajaan menggalakkan kami menternak haiwan tetapi apa yang akan kami berikan kepada haiwan tersebut jika kami tidak mempunyai air untuk diminum sendiri?,” kata salah seorang penduduk, Ashok Amey Shinde.

(Penduduk mengambil air dari telaga menggunakan baldi / Foto REUTERS)

Penduduk di kawasan berkenaan mengambil air menggunakan baldi dan tali, malah ada yang memanjat dinding setinggi lima meter untuk mengambil peralatan yang terjatuh.-REUTERS

Media Baharu