fb fb fb fb fb

Lapan orang terkorban akibat ribut di Pakistan

LAHORE, 18 Mei- Sekurang-kurangnya lapan orang terkorban susulan ribut petir dan hujan lebat yang melanda wilayah Punjab, Pakistan semalam.

Menurut laporan media tempatan, Geo TV dan Express News, mangsa yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak terbunuh akibat dihempap runtuhan bumbung dan dinding.

Rakaman daripada perkhidmatan kecemasan Rescue 1122 menunjukkan pekerja memindahkan mayat di sebuah kampung di bandar Chiniot.

(Pasukan penyelamat mengangkat mayat mangsa yang terkorban
akibat ribut di Punjab / Foto REUTERS)

Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Pakistan, hujan berkemungkinan berterusan di bahagian utara dan tengah negara itu sehingga Khamis.

Manakala ribut debu dijangka berlaku di bahagian Kashmir dan Punjab.-REUTERS

Media Baharu