fb fb fb fb fb

Suspek kebakaran maut asrama di New Zealand sedang dikenal pasti

NEW ZEALAND, 18 Mei- Polis New Zealand memaklumkan telah memperoleh senarai individu dipercayai boleh membantu mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kebakaran sebuah bangunan asrama empat tingkat di Wellington yang mengorbankan 10 orang.

Kertas siasatan terhadap kejadian itu telah dibuka dan polis menganggap kebakaran tersebut sengaja dicetuskan oleh suspek.

Bagaimanapun, masih belum ada tangkapan dibuat setakat ini.

Awal pagi Selasa lalu, perkhidmatan kecemasan bergegas ke asrama Loafers Lodge di Adelaide Road dan mendapati kebakaran bermula di tingkat atas.

Ia menyebabkan kerosakan struktur besar yang menghalang operasi mencari dan menyelamat.

Pada pagi Rabu, anggota penyelamat dapat memasuki premis untuk mencari mangsa, manakala penyiasat menjalankan tinjauan awal di tempat kejadian.

(Anggota bomba melakukan kerja mencari dan menyelamat mangsa yang terlibat dalam
kebakaran sebuah bangunan asrama pada Selasa lalu / Foto REUTERS)

Polis berkata siasatan mungkin mengambil masa beberapa hari.

Bangunan berkenaan pada asalnya merupakan blok pejabat yang ditukar menjadi penginapan murah dan menempatkan berpuluh-puluh pekerja syif dari Hospital Wellington.-REUTERS

Media Baharu