fb fb fb fb fb

Taiwan masih berharap dapat sertai perhimpunan tahunan WHO

TAIPEI, 18 Mei- Taiwan masih berharap akan dijemput mengambil bahagian sebagai pemerhati dalam perhimpunan tahunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva, meski ia akan berlangsung dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi.

Harapan itu disuarakan Menteri Luar Taiwan, Joseph Wu ditengah-tengah peningkatan sokongan antarabangsa supaya negara itu menyertai perhimpunan tersebut.

Beliau berkata, beberapa sekutu diplomatik dan negara sahabat telah mengeluarkan kenyataan sokongan untuk penyertaan Taiwan atau sekurang-kurangnya mengatur pertemuan dua hala di luar perhimpunan WHO yang akan berlangsung dari 21 hingga 30 Mei ini.

"Kami tidak berputus asa dan terus melalui pelbagai saluran untuk menyatakan rayuan kepada WHO bahawa Taiwan harus dijemput untuk menyertai perhimpunan sebagai pemerhati.

Pengecualian daripada WHO menghalang usaha Taiwan memerangi wabak COVID-19," kata Wu.

(Joseph Wu, Menteri Luar Taiwan / Foto REUTERS) 

Taiwan dikecualikan daripada kebanyakan organisasi antarabangsa kerana bantahan dari China.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tekanan diplomatik dan ketenteraan meningkat kerana China memaksa kepulauan itu menerima kedaulatan negara tembok besar tersebut.

Kerajaan Taiwan menolak dakwaan China dan berkata 23 juta penduduk pulau itu yang berhak menentukan masa depan mereka.-REUTERS

Media Baharu