fb fb fb fb fb

Persidangan Pempengaruh ASEAN-China Ke-2 bermula esok di Fuzhou

FUZHOU, 18 Mei - Persidangan Pempengaruh Dalam Talian ASEAN-China ke-2 berlangsung bermula esok hingga Ahad ini.

Acara selama tiga hari itu akan disertai oleh Diplomat ASEAN di China, wakil media tempatan dan antarabangsa termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta pempengaruh dalam talian dari China dan negara ASEAN.

Bertemakan “Merentasi Gunung dan Lautan Bertemu di Tanah Bertuah” (Cross Mountains and Seas to Meet in the Blessed Land) kesemua peserta akan menghadiri dua sidang iaitu ''A Visit to Fujian Province'' dan Forum Persidangan Pempengaruh Dalam Talian ASEAN-China.

Persidangan yang bermula esok akan membincangkan peranan serta fungsi platform internet dan teknologi media baharu yang akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi memudahkan kerjasama dalam ekonomi, perdangangan dan budaya China-ASEAN.

Ia sekali gus mengkaji pencapaian kerjasama China-ASEAN semenjak Inisiatif Jalur dan Jalan 'Belt and Road' (BRI) dilaksanakan sejak 10 tahun lalu selain melihat kepentingan rancangan prospek kerjasama China-ASEAN dalam ekonomi dan perdagangan.

Dalam pada itu, “A Visit to Fujian Province” merupakan persidangan yang dikongsikan secara menyeluruh berkaitan pembangunan ekonomi dan landskap bandar Fuzhou di dalam wilayah Fujian.

Peserta akan dibawa melawat kawasan seperti bandar baharu Binhai serta kawasan bersejarah dan menyaksikan budaya digelar 'Three Lanes and Seven Alleys' yang memaparkan sebuah aktiviti kerjasama berkaitan budaya yang bertujuan mempromosi ekonomi dan pelancongan China-ASEAN.

Persidangan kali ke-2 ini juga akan mempromosi pertumbuhan ekonomi dan pertukaran budaya selain membawa kerjasama yang memberi impak secara menyeluruh demi kemajuan antara China dan negara ASEAN.




Media Baharu