fb fb fb fb fb

Sembilan maut, beribu-ribu hilang tempat tinggal akibat banjir di Itali

ITALI, 18 Mei- Sekurang-kurangnya sembilan orang maut manakala beribu-ribu yang lain kehilangan tempat tinggal akibat banjir besar yang melanda wilayah Emilia-Romagna di utara Itali.

Pasukan penyelamat terus membawa penduduk ke tempat selamat selepas banjir memasuki kediaman mereka dan menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Kenderaan amfibia bomba memasuki kawasan terjejas untuk kerja-kerja menyelamat susulan laluan jalan raya telah terputus hubungan.

(Pasukan bomba menggunakan kenderaan amfibia untuk menyelamatkan
mangsa banjir di kawasan terjejas teruk / Foto REUTERS)

Pakar meteorologi meramalkan keadaan cuaca pulih seketika namun hujan lebat dijangka berlaku pada hujung minggu sekaligus mencetuskan kebimbangan penduduk.-REUTERS

Media Baharu