fb fb fb fb fb

Australia-Filipina jalin perkongsian keselamatan strategik Canberra

MANILA, 18 Mei-Menteri Luar Australia, Penny Wong sekali lagi menegaskan mengenai perkongsian keselamatan strategik Canberra dengan Filipina selepas pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya di Manila hari ini.

Pada sesi sidang media bersama dengan Menteri Luar Filipina, Enrique Manalo, Wong memberitahu, Australia bertekad untuk terus komited bekerjasama rapat dengan Filipina untuk rantau yang aman, terbuka, stabil dan makmur.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama yang dipertingkatkan antara kedua-dua negara, Australia juga akan menyediakan peralatan dron, latihan dan teknologi lain untuk mengukuhkan perlindungan maritim Filipina.

(Menteri Luar Filipina, Enrique Manalo (kiri) bersalaman dengan
Menteri Luar Australia, Penny Wong / Foto REUTERS)

Wong dijangka bertemu Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr semasa lawatannya.

Media Baharu