fb fb fb fb fb

Perbanyak laluan kontra, atasi kesesakan waktu puncak di Lembah Klang

PUTRAJAYA,2 Mei- Kaedah pembukaan jalan kontra akan diperbanyakkan bagi mengatasi masalah lalulintas pada waktu puncak khususnya di Lembah Klang.

Perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesesakan Jalan Raya (JKMKJR) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


(Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMA)

"Bagi jalan-jalan atau laluan utama ke sesuatu destinasi akan diperluaskan dengan menggunakan lorong-lorong, jalan-jalan laluan yang kontra supaya daripada jumlah lorong yang sedikit kepada lorong yang banyak lagi.

"Ini adalah satu kaedah yang dilakukan bukan hanya untuk beberapa jalan ke Putrajaya, contohnya atau ke Kuala Lumpur tetapi untuk beberapa kawasan yang lain", katanya.

Mesyuarat yang di hadiri Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan beberapa agensi berkaitan turut memutuskan untuk mengkoordinasi dan mengurangkan penutupan jalan dengan segera di kawasan pembangunan dan lebuh raya.

Pada masa yang sama pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Bandaraya Shah Alam diminta memberi input kepada jawatankuasa bagi membantu menyelesaikan isu kesesakan lalu lintas.

Media Baharu