fb fb fb fb fb

Wanita di Mexico dan Brazil tuntut pengguguran selamat

FOTO REUTERS

MEXICO, 29 September - Golongan wanita di Mexico dan Brazil pada Sabtu berarak menggesa kerajaan memberikan akses kepada pengguguran yang selamat dan sah seperti yang disediakan di beberapa buah negara lain.

Di Mexico aktivis propengguguran berarak di Reforma Avenue dengan sapu tangan hijau sebagai simbolik kepada penyahkriminalisasi gerakan pengguguran di Amerika Latin bagi menuntut akses yang selamat dan sah kepada pengguguran.

Di Sao Paulo di bandar Brazil kebanyakan wanita berhimpun di Paulista Avenue untuk menuntut supaya pengguguran dianggap sebagai dasar awam.

"Di Mexico dan Amerika Latin cabaran besarsebagai tambahan kepada penyahkriminalisasi undang-undang pengguguran, juga penyahkriminalisasian sosial. Pengguguran masih diserap stigma dan prasangka," kata Fernanda Castro.

"Ia adalah perjuangan untuk wanita yang menggugurkan kandungan tidak boleh dijenayahkan juga bahawa pengguguran adalah dasar kesihatan awam di Brazil. Pengguguran adalah haram bawah undang-undang Brazil. Hari ini kita mempunyai beberapa kes, tiga kes khusus, di mana pengguguran dibenarkan di Brazil, dalam kes kanak-kanak dengan anencephaly, janin dengan anencephaly, kes di mana kehamilan menimbulkan risiko kepada wanita hamil atau janin, dan dalam kes di mana terdapat rogol," kata Ahli Kongres Negeri, Paula Nunes. - REUTERS

TETITIA YUSOFF