fb fb fb fb fb

Wanita AS miliki dua rahim hamil dikedua-dua rahim

FOTO AFP

BIRMINGHAM, 17 November- Seorang wanita berusia 32 tahun dari Alabama, Amerika Syarikat yang dilahirkan dengan dua rahim kini hamil di kedua-duanya organnya itu.

Kelsey Hatcher dan suaminya, Caleb Hatcher berkongsi imej ultrasound tersebut menerusi Instagram mereka "doubleuhatchlings".

Kehamilan di kedua-dua rahim adalah sangat jarang berlaku.

Hatcher berkata, dia diberitahu kemungkinannya adalah satu dalam 50 juta dengan kes terakhir dilaporkan di Bangladesh pada 2019.

Wanita dengan rahim berganda sering menghadapi komplikasi kehamilan, namun ketiga-tiga anak Hatcher sebelum ini dilahirkan sihat dalam tempoh penuh.

Hatcher didiagnosis mempunyai "uterus didelphys" pada usia 17 tahun. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA