Santiago, 17 November- Presiden Chile, Gabriel Boric mengumumkan hubungan beliau dan Irina Karamanos telah berakhir setelah hampir lima tahun bersama sebagai pasangan kekasih.
Boric, 37, mengesahkan perkara itu menerusi perkongsian di Instagramnya semalam.
Katanya, beliau dan Irina ,34, memutuskan berpisah beberapa minggu lalu untuk membawa haluan masing-masing kerana perbezaan visi tentang masa depan mereka.
"Kami baik-baik saja, kami tidak mempunyai pasangan lain dan semuanya telah dibincangkan dengan panjang lebar.
"Secara peribadi saya seorang yang mempunyai kelebihan dan kekurangan seperti orang lain. Kadang-kadang masa depan peribadi saya dipenuhi dengan 'ribut' di mana dia sentiasa menjadi 'rumah api'.
"Saya tidak mempunyai apa-apa, sama sekali tiada apa-apa untuk mencelanya. Irina adalah wanita luar biasa dalam setiap dimensi," jelasnya.
Sebelum ini, Irina yang merupakan saintis sosial berketurunan Yunani-Jerman itu mendapat perhatian selepas menyatakan mahu memberi peranan wanita pertama "rupa kontemporari."
Dia juga telah menutup pejabat wanita pertama selepas memecat pemegang jawatan sebagai ketua enam yayasan dengan memaklumkan ia lebih baik dikendalikan oleh kementerian kerajaan berkaitan. -AFP