CALIFORNIA, 17 November- Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden memaklumkan pihaknya tidak akan menghantar tentera ke Gaza ketika 'berikrar' untuk membebaskan tebusan yang ditahan oleh kumpulan Hamas.
Sebelum ini, Biden memberitahu wartawan bahawa mesejnya kepada tebusan adalah "Bertahanlah, kami akan datang" telah menimbulkan persoalan.
Diminta untuk menjelaskan komen itu, Biden memberitahu sidang akhbar "Apa yang saya maksudkan ialah, saya melakukan segala-galanya untuk mengeluarkan anda. Datang untuk membantu anda, mengeluarkan anda. Saya tidak bermaksud menghantar tentera ke sana (Gaza)... Saya tidak bercakap tentang tentera."
Sementara itu, Biden mengakui sebarang tindakan Israel untuk menduduki Gaza akan menjadi suatu kesilapan besar.
Katanya, beliau telah memaklumkan dengan jelas kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bahawa penyelesaian dua negara adalah satu-satunya jawapan untuk menyelesaikan konflik Palestin-Israel dan pendudukan Gaza akan menjadi kesilapan besar. -Reuters