fb fb fb fb fb

Gudang kasut di Mexico City terbakar, ratusan dipindahkan

FOTO REUTERS

MEXICO CITY, 17 November- Ratusan penduduk dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga selepas sebuah gudang kasut di sini, Mexico terbakar.

Kebakaran dilapor berlaku di daerah Cuauhtemoc dekat bandar itu pada petang semalam.

Saksi, Mario Saav berkata, kepulan asap dapat dilihat dari tempat kerjanya di Centro Historico, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

Pihak berkuasa perlindungan awam Mexico City menerusi X memaklumkan tiada laporan mengenai kematian atau kecederaan, manakala ratusan orang telah dipindahkan. -Reuters

SITI AISHAH BINTI MD ISA