fb fb fb fb fb

Virus polio dikesan dalam sisa kumbahan di New York mungkin merebak dalam komuniti

(FOTO FAIL AFP)

NEW YORK, 13 Ogos - Virus polio yang dikesan dalam sisa kumbahan di bandar New York, berkemungkinan telah merebak dalam komuniti.

Pesuruhjaya kesihatan negeri, Mary Bassett berkata penemuan itu agak membimbangkan.

Dalam satu kenyataan Bassett menjelaskan, bagi setiap satu kes polio lumpuh yang dikenal pasti, ratusan lagi mungkin tidak dapat dikesan.

(FOTO FAIL AFP)

Malah mereka yang dijangkiti tanpa bergejala boleh menularkan virus berkenaan kepada orang lain.

Bulan lepas, seorang individu yang menetap di Rockland Country, utara Manhattan disahkan dijangkiti penyakit itu.

Ia Sekaligus merekodkan kes pertama virus polio di Amerika Syarikat, selepas hampir sedekad.-AFP

Media Baharu