fb fb fb fb fb

Cedera ditikam, Salman Rushdie berkemungkinan buta sebelah mata

(FOTO AFP)

NEW YORK, 13 Ogos - Penulis kontroversi Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator selepas ditikam berulang kali pada satu majlis sastera di New York.

Pengarang British itu juga berkemungkinan buta sebelah mata.

Menurut ejennya, Andrew Wylie, Salman tidak boleh bercakap dan saraf di lengannya putus.

(FOTO FAIL AFP)

Terdahulu polis mengesahkan Salman mengalami luka tikaman di leher setelah seorang suspek lelaki yang bertopeng menyerbu pentas sebelum menyerangnya dan seorang penemu duga.

Penyerangnya berjaya diberkas.

Salman menghadapi ancaman mati selama lebih 30 tahun susulan penerbitan bukunya yang menghina agama Islam.-REUTERS


Berita berkaitan: Salman Rushdie cedera akibat diserang dan ditikam

Media Baharu