fb fb fb fb fb

Venezuela sekat akses X selama 10 hari

Presiden Venezuela, Nicolas Maduro/ REUTERS

CARACAS, 9 Ogos- Presiden Venezuela, Nicolas Maduro  telah menandatangani resolusi untuk menyekat akses kepada platform media sosial X ( dahulunya Twitter) di negara itu selama 10 hari.

Maduro sering mengkritik pemilik X, Elon Musk sejak pilihan raya presiden negara itu pada 28 Julai.

Maduro dan pihak berkuasa pilihan raya berkata bahawa presiden memenangi penggal ketiga dalam pilihan raya, walaupun pembangkang mendakwa kemenangan dan mengatakan ia mempunyai kiraan undi untuk membuktikannya.

Bagaimanapun Maduro mahu pun badan pemilih tidak mengeluarkan jumlah undian terperinci.

Beberapa hari selepas pengundian, protes daripada rakyat Venezuela di seluruh negara dan luar negara tercetus menuntut Maduro berundur dan untuk menghormati kemenangan oleh calon pembangkang, Edmundo Gonzalez.

Bantahan itu sebahagian besarnya dipromosikan di media sosial.

Presiden berhaluan kiri awal minggu ini telah meminta penyokongnya untuk juga meninggalkan aplikasi pemesejan WhatsApp memihak kepada Telegram atau WeChat, dengan mengatakan aplikasi itu digunakan untuk mengancam keluarga tentera dan pegawai polis.

Maduro juga telah bertelagah secara terbuka dengan Musk sejak pilihan raya.-REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI