fb fb fb fb fb

Venezuela bakal hantar angkasawan ke bulan

(FOTO AFP)

BEIJING, 14 September- Venezuela bakal menghantar angkasawan pertamanya ke bulan menerusi perjanjian kerjasama saintifik dengan China.

Presiden Nicolas Maduro mengumumkan perkara itu semasa pertemuannya dengan Presiden Xi Jinping pada Rabu lalu.

Beliau mengesahkan kedua-dua negara telah bersetuju untuk melatih angkasawan muda Venezuela di China.

"Pasukan petugas khas yang bekerjasama secara saintifik, teknologi, perindustrian dan aeroangkasa akan segera menghantar lelaki dan wanita Venezuela pertama ke bulan dengan kapal angkasa China.

“Tidak lama lagi, belia Venezuela akan datang ke sini (Beijing) untuk persediaan," kata Maduro.

Maduro berada di Beijing sejak minggu lalu untuk lawatan kerja.

Ketika ini, China sedang meneruskan misi untuk menghantar angkawasan ke bulan menjelang 2030 dan membina pangkalan di sana.

Ekonomi kedua terbesar dunia itu telah melabur berbilion dolar dalam program angkasa lepas kendalian tenteranya dalam usaha mengejar Amerika Syarikat dan Rusia. -AFP

(Nicolas Maduro dan Xi Jinping di Beijing, China/AFP)

Media Baharu