fb fb fb fb fb

Jangkitan gigi, Junta Myanmar dituduh halang rawatan Suu Kyi

(Aung San Suu Kyi (kiri) dan Presiden Win Myint (kanan) di sebuah mahkamah
di Naypyidaw/AFP)

BANGKOK, 14 September- Junta Myanmar didakwa membahayakan nyawa ketua demokrasi yang dipenjarakan, Aung San Suu Kyi, kata parti politiknya, Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) hari ini, sambil menuduh jeneral telah menghalang pemimpun mereka itu daripada menerima rawatan perubatan dan makanan.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, media tempatan melaporkan pemenang Nobel, 78, itu mengalami pening, muntah dan tidak boleh makan kerana jangkitan gigi.

"Kami amat bimbang bahawa beliau tidak menerima rawatan perubatan mencukupi dan mereka tidak menyediakan makanan sihat, mahupun penginapan secukupnya dengan niat untuk mempertaruhkan nyawanya.

"Kesihatan Suu Kyi bukan sahaja terjejas, tetapi nyawanya juga terancam, junta tentera bertanggungjawab sepenuhnya," menurut kenyataan NLD.

Suu Kyi ditahan sejak tentera merampas kuasa pada Februari 2021, menamatkan percubaan demokrasi selama 10 tahun dan menjerumuskan negara Asia Tenggara itu dalam pergolakan berdarah. -AFP

(Aung San Suu Kyi/AFP)

Media Baharu