fb fb fb fb fb

Banjir: Angka kematian dibimbangi mencecah 20,000 di Libya

(FOTO AFP)

DERNA, 14 September- Angka korban akibat bencana banjir besar yang melanda bandar sini, di wilayah timur Libya pada Ahad lalu dibimbangi akan mencecah 20,000 orang.

Datuk Bandar, Abdulmenam al-Ghaithi berkata, jangkaan tersebut berdasarkan bilangan daerah yang musnah sepenuhnya apabila dua empangan pecah dan melepaskan 'tsunami air' ketika penduduk sedang tidur.

Lebih 5,300 orang telah disahkan meninggal dunia setakat ini.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 30,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

Derna didiami kira-kira 100,000 penduduk dengan bangunan bertingkat di tebing sungai runtuh, kediaman serta kereta lenyap dibawa arus deras banjir. -Reuters

(Dua mangsa yang terselamat cuba menenangkan antara satu sama lain apabila
melihat kemusnahan selepas banjir/AFP)

Media Baharu