fb fb fb fb fb

Putin, Jong Un saling menghadiahkan senapang

(Kim Jong Un dan Vladimir Putin di Kosmodrom Vostochny di rantau Amur Rusia, semalam/
AFP, KCNA VIA KNS)

MOSCOW, 14 September- Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un saling menghadiahkan senapang selepas kedua-duanya mengadakan sidang kemuncak berprofil tinggi di Timur Jauh Rusia, kata Kremlin hari ini.

Jurucakapnya, Dmitry Peskov berkata, Putin telah memberi Jong Un senapang buatan Rusia dengan kualiti tinggi, selain sarung tangan angkasa lepas yang telah beberapa kali berada di luar angkasa sebagai simbolik kerjasama program angkasa lepas.

Sementara itu, Putin turut berbesar hati menerima jemputan Jong Un untuk melawat Korea Utara.

Jong Un tiba di Rusia pada Selasa lalu dan dilaporkan akan berada di negara itu untuk beberapa hari lagi.

Antara hasil sidang kemuncak pemimpin itu adalah Rusia berjanji untuk membantu program angkasa lepas Korea Utara, manakala Putin memberitahu pemberita bahawa beliau melihat "kemungkinan" untuk kerjasama ketenteraan.

Hubungan mesra antara mereka terjalin ketika Rusia berdepan pengasingan daripada Barat dan beberapa rakan tradisionalnya berhubung serangan berskala penuh di Ukraine.

Pegawai dan pakar Amerika Syarikat mendakwa Rusia berminat untuk membeli peluru Korea Utara untuk digunakan di Ukraine. -AFP

(FOTO AFP/KCNA VIA KNS)

Media Baharu