fb fb fb fb fb

Rusia usir dua diplomat AS dikaitkan dengan 'perisik'

(FOTO AFP)

MOSCOW, 14 September- Rusia mengusir dua orang diplomat Amerika Syarikat (AS) kerana didakwa berhubung dengan bekas pekerja konsulat AS yang dituduh oleh Moscow sebagai perisik iaitu Robert Shonov.

Kementerian Luar memaklumkan, kedua-dua diplomat AS -- Jeff Sillin dan David Bernstein -- menjalankan aktiviti haram dengan menghubungi seorang warganegara Rusia iaitu Shonov.

Kedua-dua mereka diarahkan meninggalkan wilayah Rusia dalam tempoh tujuh hari di bawah status persona non grata.

Sebelum ini, Shonov, yang bekerja untuk konsulat AS di Vladivostok dituduh menyampaikan maklumat berkaitan konflik di Ukraine kepada diplomat AS, namun tuduhan itu ditolak oleh negara terbabit.

AS mengutuk sekeras-kerasnya penangkapan Shonov pada Mei lalu dan menuduh Rusia menggunakan undang-undang yang semakin menindas terhadap rakyatnya sendiri.

Ketegangan antara Rusia dan Amerika Syarikat telah memburuk selama bertahun-tahun, dan kedua-dua pihak bertindak memecat kakitangan diplomatik. -AFP

(Kedutaan AS di Moscow, Rusia/AFP)

Media Baharu