(Foto REUTERS)
TIKHT, 15 September- Seramai 2,946 orang terkorban manakala 5,674 lagi cedera dalam insiden gempa bumi yang berlaku di Maghribi, baru-baru ini.
Menurut pasukan mencari dan menyelamat antarabangsa, pasukannya tidak menemukan sebarang mangsa yang terselamat setakat ini.
"Operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan di perkampungan Tikht, Maghribi hanya menemukan mangsa yang maut," katanya ketika ditemui REUTERS di sini.
Kerajaan Maghribi berkata pihaknya akan melakukan yang terbaik untuk membantu kesemua mangsa gempa bumi itu.
Gempa bumi besar terakhir yang melanda Maghribi berlaku pada 2004, mengorbankan lebih 600 orang. - REUTERS
(Foto REUTERS)
Artikel Berkaitan:
Gempa bumi: Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada Kerajaan Maghribi
Gempa bumi Maghribi, bangunan bersejarah antara yang rosak
Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Maghribi
Rakyat Maghribi derma darah untuk mangsa gempa bumi
Algeria buka ruang udara untuk bantuan kemanusiaan ke Maghribi
30 terkorban akibat gempa bumi di Maghribi