fb fb fb fb fb

Venezuela adakan latihan ketenteraan di Pulau La Orchila

Foto REUTERS

CARACAS, 18 September – Venezuela memulakan latihan ketenteraan secara besar-besaran di pulau Caribbean, La Orchila, pada Rabu menampilkan jet pejuang, kapal perang dan kenderaan amfibia di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat dengan Amerika Syarikat.

Menteri Pertahanan, Vladimir Padrino Lopez, berkata latihan selama tiga hari itu, dinamakan Caribe Soberano 200 (Caribbean Berdaulat 200), dan dipimpin sendiri oleh Presiden Nicolás Maduro.

Saluran televisyen kerajaan menyiarkan rakaman jet pejuang Sukhoi terbang dalam formasi serta kapal tentera laut yang beroperasi di pesisir pantai Venezuela.

Turut ditayangkan kereta kebal amfibia mendarat di pantai La Orchila dan tentera yang menguasai kedudukan strategik.

Bercakap dari Pusat Operasi Tentera dan Pertahanan di Caracas, Padrino menegaskan latihan itu bertujuan menunjukkan kedaulatan Venezuela terhadap pulau berkeluasan kira-kira 43 kilometer persegi itu. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD