fb fb fb fb fb

Vaksin COVID-19 selamatkan 20 juta nyawa pada tahun pertama- Kajian

PARIS, 24 Jun- Vaksin COVID-19 telah menghalang hampir 20 juta kematian pada tahun pertama selepas ia diperkenalkan.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam 'The Lancet Infectious Diseases', ia berdasarkan data daripada 185 negara dan wilayah yang dikumpulkan selama setahun bermula 8 Disember 2020.

Pengarang utama kajian Oliver Watson dari Imperial College London percaya jumlah kematian akibat wabak itu dapat dielakkan dengan lebih besar sekiranya vaksin diedarkan secara meluas, terutamanya di negara miskin.

Kajian mendapati , 19.8 juta individu berjaya diselamatkan daripada potensi 31.4 juta kematian sekiranya tiada vaksin, iaitu pengurangan sebanyak 63 peratus daripada yang diramalkan.

Negara berpendapatan tinggi dan sederhana dilaporkan menyumbang jumlah kematian terbesar yang dapat dielakkan.

Negara China tidak termasuk dalam kajian itu kerana populasinya yang besar dan langkah-langkah pembendungan yang ketat, yang akan menjejaskan keputusan, katanya.


(Vaksin COVID-19 telah menghalang hampir 20 juta kematian pada tahun pertama
selepas ia diperkenalkan-AFP)

"Hampir 600,000 kematian tambahan boleh dihalang jika matlamat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk memvaksin 40 peratus penduduk setiap negara menjelang akhir 2021 tercapai", katanya.

"Berjuta-juta nyawa mungkin telah diselamatkan dengan menyediakan vaksin kepada orang di seluruh dunia', kata Oliver Watson.

"Kami boleh melakukan lebih banyak lagi," katanya.

COVID-19 telah secara rasmi membunuh lebih daripada 6.3 juta orang di seluruh dunia, menurut WHO.

Bagaimanapun, pada bulan lalu, organisasi itu berkata, jumlah sebenar mungkin setinggi 15 juta, apabila semua punca langsung dan tidak langsung diambil kira.-AFP

Media Baharu