fb fb fb fb fb

Vaksin cacar monyet, New York laksana suntikan Intradermal

Foto Reuters

NEW YORK, 23 Ogos- Mulai 29 Ogos, New York akan menggunakan pendekatan baharu dalam pemberian vaksin cacar monyet.

Menerusi suntikan intradermal, hanya satu perlima dos diberikan kepada penerima berbanding sebelum ini.

Pendekatan baharu itu diumumkan Pesuruhjaya Kesihatan New York Dr. Mary Bassett.


(Foto Reuters)

Pada 9 Ogos, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat membenarkan pemberian vaksin cacar monyet secara intradermal terhadap orang dewasa, iaitu antara lapisan kulit dan bukannya di bawah kulit, dalam usaha untuk mengoptimumkan bekalan vaksin yang rendah.

Barrett berkata, data menunjukkan kedua-dua kaedah suntikan menghasilkan tahap antibodi yang setara.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa suntikan intradermal mungkin kurang menyenangkan seperti meninggalkan kesan parut.

Sepanyol dan Britain juga telah meluluskan penggunaan vaksin cacar monyet dengan dos yang lebih kecil, berikutan keputusan Agensi Ubat-ubatan Eropah minggu lalu untuk melaksanakan langkah penjimatan dos.

Lebih 40,000 kes cacar monyet dilaporkan di lebih 80 negara sejak awal Mei.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, setakat 19 Ogos, terdapat 14,115 kes cacar monyet yang disahkan di Amerika Syarikat.

Kes tertinggi dikesan di New York sebanyak 2,744 kes. - Reuters

Media Baharu