fb fb fb fb fb

Kanak-kanak 9 tahun maut ditembak

Foto Reuters

ENGLAND, 23 Ogos- Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut selepas ditembak di sebuah rumah di Liverpool.

Tembakan turut menyebabkan seorang lelaki dan seorang wanita cedera di badan dan tangan.


(Pihak polis mengawal kawasan perumahan yang berlakunya kes tembakan di sini / Foto Reuters)

Menurut pihak polis, kanak-kanak perempuan terbabit meninggal dunia ketika menjalani rawatan di hospital selepas kritikal kesan tembakan di dada.

Polis juga telah melancarkan siasatan terperinci berhubung kejadian di kawasan Knotty Ash, Timur Liverpool.

Pasukan penyiasat memaklumkan, seorang lelaki tidak dikenali telah melepaskan tembakan terhadap mangsa.

Motif dan siasatan forensik kena giat dijalankan.- Reuters

Media Baharu