(Foto Twitter @Ericwang1101)
YANCHENG, 14 Ogos- Puting beliung dan hujan batu mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang dan mencederakan 15 lagi di wilayah Jiangsu, China.
Penyiar media kerajaan, China Central Television (CCTV) memaklumkan, ribut melanda kawasan itu berhampiran sini pada petang semalam.
Banyak harta benda rosak terutama bumbung kediaman penduduk.
Cuaca ekstrem kerap berlaku di China sejak beberapa tahun kebelakangan ini, berikutan musim panas tidak menentu yang telah membawa hujan lebat, sekali gus banjir di negara berkenaan. -Reuters
(Foto Reuters)