fb fb fb fb fb

25 orang hilang, tanah runtuh di lombong jed Myanmar

(Grafik AFP)

YANGON, 14 Ogos –Sekurang-kurangnya 25 orang dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh di lombong jed haram di wilayah pedalaman Myanmar.

Menurut pasukan penyelamat, kejadian berlaku pada Ahad di kawasan utara Kachin, berhampiran lokasi ratusan pelombong tertimbus dalam tragedi 2020 – berlaku beberapa hari selepas sebahagian besar kawasan Myanmar dilanda banjir susulan hujan lebat.

Industri perlombongan jed yang amat menguntungkan itu kebanyakannya tidak dikawal, menyebabkan pekerja asing sering terdedah kepada ancaman keselamatan dan kehilangan nyawa.

“Kira-kira 25 orang pelombong hilang. Kami masih belum mendapat senarai lengkap memandangkan akses amat terhad,” kata salah seorang penyelamat yang tidak mahu namanya disiarkan.

Dia turut mempersoal bagaimana timbunan tanah sebesar kira-kira 150-180 meter (500-600 kaki) yang ditinggalkan pelombong menjadi longgar akibat hujan lebat.

Namun jelasnya, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan, tetapi sudah ada pelombong kembali dengan harapan akan menemukan jed.

Katanya, setakat petang Isnin, pasukan mencari dan menyelamat belum menemukan mayat atau jasad pelombong.

Seorang lagi anggota penyelamat berkata operasi menyelamat masih diteuskan meski bimbang akan berlaku kejadian tanah runtuh kali ke-2

“Ia tidak selamat untuk petugas keselamatan, kata individu tersebut yang pernah bersama kumpulan penyelamat, Myanmar Rescue dan meminta namanya tidak didedahkan.

Tambah anggota penyelamat itu, operasi lombong telah ditangguhkan ketika musim hujan, dan mereka yang terperangkap dalam kejadian itu dipercayai penduduk tempatan yang ingin menjadi kaya dengan melombong jed.

Puluhan orang dilaporkan terbunuh setiap tahun kerana bekerja dalam industri perlombongan jed yang tidak dikawal sebaiknya oleh pihak berkuasa, namun menjanjikan kekayaan.

Kebanyakan mereka adalah pekerja asing yang dibayar gaji rendah, demi memenuhi pasaran Jed untuk dijadikan batu permata bernilai tinggi di negara jiran, China. –AFP


(Lokasi lombong Jed di Utara Myanmar/Foto AFP)

Media Baharu